UNIT TEKNOLOGI PETROLEUM(UTP)

Unit Teknologi Petroleum (UTP) telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 dengan dianggotai oleh seramai enam orang kakitangan akademik. Pusat pentadbiran UTP bertempat di bangunan Pusat Teknologi Minyak & Gas (PTMG), PETRONAS di Politeknik Kuching Sarawak. PTMG adalah sebuah organisasi yang berfungsi untuk mengendalikan program Juruteknik PETRONAS dan dalam masa yang sama menjalinkan kerjasama dengan UTP dalam pembangunan kurikulum dan program latihan staff dalam bidang teknologi petroleum. 

Visi : Untuk menjadi sebuah pusat teknologi petroleum dan petrokimia yang unggul dan cemerlang di peringkat politeknik di Malaysia

Missi: Menggembeling tenaga secara berpasukan serta merealisasikan pendidikan dan latihan melalui penghayatan ilmu, peningkatan kecekapan diri, beriltizam berteraskan budaya pengurusan kualiti menyeluruh yang berterusan untuk melahirkan sumber manusia yang berkualiti.

Carta Organisasi

 

Ketua Unit

Hj. Abdul Karim b. Awang Kechik

Penolong Ketua Unit

Rosdi bin Abd. Rahman

Pensyarah

Baharudin b. Osman

Azlan b. Ali

Hafsah bt. Kastu

Roa Sharmiza bt. Abd. Rahman

 

Program Latihan Staff

Program Latihan Staff Unit Teknologi Petroleum diselaraskan bersama oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Petronas Management Training Sdn. Bhd. (PMTSB) melalui cawangannya Pusat Teknologi Minyak & Gas (PTMG) di Politeknik Kuching. Setakat ini kesemua latihan di loji-loji PETRONAS diselaras dan dibiayai sepenuhnya oleh PMTSB. Program kerjasama latihan ini telah bermula sejak tahun 1992.

Tujuan Program Latihan Staff yang dijalankan secara intensif ini adalah bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang yang berkaitan dengan industri petroleum dan petrokimia..

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus-kursus yang ditawarkan terdiri dari:

        1. Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
        2. Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Petroleum)
        3. Sijil Kejuruteraan Elektronik Instrumentasi & Kawalan (Petroleum)

Unit Teknologi Petroleum juga telah merancang untuk menjalankan satu kursus baru iaitu Sijil Kejuruteraan Kimia & Proses (Petrokimia) yang dijangka akan bermula pada sessi Januari 1999.

Kemudahan Dan Kelengkapan

Dalam menjalankan operasinya, Unit Teknologi Petroleum (UTP) menggunakan bersama kemudahan-kemudahan yang terdapat di Politeknik Kuching Sarawak dan dalam bangunan PTMG seperti:

        1. Pejabat
        2. Bilik Latihan/Kuliah
        3. Mini Auditorium
        4. Makmal Jangkawas Dan Kawalan
        5. Bengkel Mekanikal
        6. Bengkel Elektrik

Aktiviti Pelajar

Semua pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum Politeknik Kuching Sarawak dan mereka boleh memilih mana-mana tiga iaitu; satu dari Pasukan Beruniform, satu dari Kelab/Persatuan dan satu dari Kelab Sukan/Permainan yang mereka minati . Pelajar dapat mengikuti aktiviti kelab atau persatuan masing-masing pada masa yang telah ditetapkan. Disamping itu, pelajar juga menjalankan aktiviti-aktiviti diperingkat jabatan seperti lawatan, perkhemahan, gotong royong, sukaneka dan pertandingan sukan.