SEJARAH PERKEMBANGAN POLIKU
Pembangunan Politeknik-politeknik Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah perindustrian seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia. Sumber tenaga kerja terlatih yang mencukupi adalah suatu keperluan. Berdasarkan kepada premis tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan teknikal dari UNESCO telah berjaya mewujudkan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969 di Ipoh, Perak. Seterusnya politeknik Sultan Haji Ahmad Shah telah dibangunkan pada tahun 1976 di Kuantan, Pahang. Sehingga hari ini enam lagi Politeknik yang telah didirikan. Ini termasuk Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Shah, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Kuching, Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu. dan akhir sekali Politeknik Shah Alam, Selangor serta Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.
Politeknik Kuching, Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1987, memulakan operasinya dengan beberapa kakitangan pentadbiran yang menguruskan pembinaan kampus tetapnya. Kampus Politeknik Kuching seluas 112 ekar terletak lebih kurang 23 Km dari pusat Bandaraya Kuching. Kedudukannya di kaki Gunung Serapi, memberikan satu persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan perkembangan individu. Pengambilan pertama telah dibuat pada Julai 1989 dengan seramai 160 orang pelajar merangkumi kursus Kejuruteraan Awam Pembinaan, Kejuruteraan Jentera Am dan Automotif, Perakaunan dan Kejuruteraan Elektronik dan Perhubungan. Amnya,sejarah perkembangan Politeknik Kuching diringkaskan seperti berikut:
1987 Pembinaan Kampus di Matang bermula
1989 Pengambilan pelajar kumpulan pertama
Mei 1991 Graduan pertama tamat pengajian
Mei 1991 Penubuhan Pusat Teknologi Minyak dan Gas ~ (Usahasama Kementerian Pendidikan dan PETRONAS)
1993 Majlis Konvokesyen Pertama POLIKU
Jan 1995 Pelancaran Program TSP
Jan 1995 Pogram Diploma Kejuruteraan bermula
Okt 1995 Penubuhan Unit Teknologi Petroleum
Penubuhan Unit Matematik,Sains dan Komputer
Mei 1997 Pengenalan ke arah Perlaksanaan MS ISO 9000
Julai 1998 Pengambilan pertama pelajar Sijil Teknologi Maklumat
Okt 1998 Pelancaran Program Gerak Gempur IT GGIT98
Pelancaran Laman Web POLIKU