Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH PERKEMBANGAN  POLIKU


Pembangunan Politeknik-politeknik Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah perindustrian seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia. Sumber tenaga kerja terlatih yang mencukupi adalah suatu keperluan. Berdasarkan kepada premis tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan teknikal dari UNESCO telah berjaya mewujudkan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969 di Ipoh, Perak. Seterusnya politeknik Sultan Haji Ahmad Shah telah dibangunkan pada tahun 1976 di Kuantan, Pahang. Sehingga hari ini enam lagi Politeknik yang telah didirikan. Ini termasuk Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Shah, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Kuching, Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu. dan akhir sekali Politeknik Shah Alam, Selangor serta Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.

Politeknik Kuching, Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1987, memulakan operasinya dengan beberapa kakitangan pentadbiran yang menguruskan pembinaan kampus tetapnya. Kampus Politeknik Kuching seluas 112 ekar terletak lebih kurang 23 Km dari pusat Bandaraya Kuching. Kedudukannya di kaki Gunung Serapi, memberikan satu persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan perkembangan individu. Pengambilan pertama telah dibuat pada Julai 1989 dengan seramai 160 orang pelajar merangkumi kursus Kejuruteraan Awam Pembinaan, Kejuruteraan Jentera Am dan Automotif, Perakaunan dan Kejuruteraan Elektronik dan Perhubungan. Amnya,sejarah perkembangan Politeknik Kuching diringkaskan seperti berikut:

1987             Pembinaan Kampus di  Matang bermula

1989             Pengambilan pelajar kumpulan pertama

Mei 1991     Graduan pertama tamat pengajian

Mei 1991     Penubuhan Pusat Teknologi Minyak dan Gas  ~                     (Usahasama  Kementerian  Pendidikan dan PETRONAS)

1993             Majlis Konvokesyen Pertama POLIKU

Jan 1995     Pelancaran Program TSP

Jan 1995     Pogram Diploma Kejuruteraan bermula

Okt 1995    Penubuhan Unit Teknologi Petroleum

                    Penubuhan Unit Matematik,Sains dan   Komputer

Mei 1997    Pengenalan ke arah Perlaksanaan MS ISO 9000

Julai 1998   Pengambilan pertama pelajar Sijil Teknologi  Maklumat

Okt 1998   Pelancaran Program Gerak Gempur IT  GGIT’98

                  Pelancaran Laman Web POLIKU