PUSAT TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS (PTMG)

Industri petroleum telah berkembang dengan pesat di Malaysia di dalam dekad yang lepas, dan ia merupakan satu perkembangan industri berteknologi tinggi yang mempunyai potensi yang baik. Industri ini memerlukan ramai tenaga terlatih.

Kementerian Pendidikan memerlukan bantuan kepakaran dalam bidang ini untuk mengeluarkan tenaga kerja seperti ini. Menyedari hal ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) telah mengadakan usahasama menganjurkan latihan yang berkaitan dengan industri petroleum di Politeknik Kuching, Sarawak. Usahasama ini telah dimulakan dengan menjalankan Skim Latihan Perantis PETRONAS di kampus Politeknik Kuching.

Kumpulan pertama seramai 59 orang perantis telah diambil untuk mengikuti kursus ini mulai 1 Jun 1991 dan berakhir pada 17 Julai 1992. Kumpulan kedua seramai 44 orang telah memulakan latihan mulai 3 Jun 1992 untuk selama setahun. Keseluruhan lulusan dari Skim Perantis ini akan diserapkan sepenuhnya ke dalam perkhidmatan kejuruteraan PETRONAS.

Kursus ini adalah gabungan matapelajaran baru yang berkaitan dengan kejuruteraan petroleum dan kejuruteraan elektrik jangkawas dan kawalan, kejuruteraan elektrik kuasa dan kejuruteraan mekanikal.

KURSUS YANG DITAWARKAN

  • Skim perantis PETRONAS.
  • Kursus SIJIL KEJURUTERAAN yang dijalankan bersama dengan Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  1. Kejuruteraan Elektrik Pengalatan Industri dan Kawalan (Petroluem)
  2. Kejuruteraan Elektrik Kuasa(Petroleum)
  • Kursus SIJIL KEJURUTERAAN yang dijalankan bersama dengan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  1. Kejuruteraan Mekanikal(Petroleum)