Unit Khas Di Politeknik Kuching Sarawak


[ Unit Peperiksaan ][ Unit Perhubungan dan Latihan Industri ]

[ Unit Hal-hal Pelajar ] [ Unit Kaunseling dan Kerjaya ]

[ Unit Sukan ][ Majlis Perwakilan Pelajar ][ Pusat Sumber ]

[ Koperasi ] [ Perpustakaan ]


UNIT PEPERIKSAAN

PENGENALAN

Setiap adalah berhak dan bertanggungjawab dalam memberikan panduan mengenai pembelajaran, penilaian pengawalan dan perjalanan peperiksaan dan seterusnya menganugerahkan sijil/diploma kepada pelajar masing-masing.

Lembaga peperiksaan Politeknik ditubuhkan bagi mengawal dan mcnjalankan semua peperiksaan dan lain-lain bentuk penilaian yang wajib diadakan dipoliteknik. Lembaga Peperiksaan Politeknik Kuching dianggotai oleh pengetua, ketua-ketua jabatan, pengawal peperiksaan dan pegawai yang dilantik oleh pengetua.

JawatanKuasa

Peperiksaan Politeknik Malaysia

En. Khamis Bin Mahdi

Pengawal Peperiksaan

En. Mohd Yuhaizad Bin Yusoff

Penyelaras Peperiksaan Jabatan Kej. Awam

En. Mohd Din Bin Md. Nor

Penyelaras Peperiksaan Jabatan Kej. Mekanikal

En. Mohd Fadli Bin Abd. Hamid

Penyelaras Peperiksaan Jabatan Kej. Elektrik

En. Mohamed Noor Azman Bin Bidin

Penyelaras Peperiksaan Jabatan Perdagangan

En. Hikmatullah Bin Hajid Ahmad Khan

PENILIAN

Secara umumnya cara penilaian di Politeknik dibahagikan kepada dua iaitu penilaian berterusan dan penilaian akhir. Penilaian bagi kursus sijil dan diploma adalah seperti berikut:

  • Kursus sijil PB - 50% PA - 50%

  • Kursus Diploma PB - 40% PA - 60%

Sistem penilaian politeknik adalah berdasarkan sistem Nilaian Mata. Satu ukuran prestasi digunakan bagi menetapkan Purata Nilai Mata (PNM) dan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM). Sila rujuk tafsiran dan Jadual Penilaian.


UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

PENGENALAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Pelajar-pelajar diwajibkan menjalani Latihan Industri selama 5 hingga 6 bulan samada di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun ataupun pihak swasta.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  • Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.

  • Meluaskan dan menambahkan pengetahuan teknikal dan kemahiran para pelajar.

  • Memperkenalkan diri pelajar dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada majikan.

  • Menimbulkan kesedaran dan meningkatkan minat para pelajar tentang pelajaran yang diikuti semasa di Politeknik.

  • Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di industri.

  • Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan sebenarnya selepas lulus nanti.

KETUA UNIT

En. Mohamad Ghani Bin Mohamad

Penyelaras Jabatan Perdagangan

En. Shamsuri Bin Abdullah

En. Tahir bin Leemat

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Awam

En. Masiri Bin Kaamin

Pn. Toh Poh Thean

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Elektrik

En. Nordin Bin Mamat

En. Abdullah Latep

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Hj. Ishak Bin Ahmad Mokhtar

En. Jemain Bin Ental

En. Norazlan Bin Mohd Shamsuddin

En. Liew Siew Meng

KURSUS LATIHAN INDUSTRI

Sijil Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal dan Perdagangan. Semester 3

Sijil Kejuruteraan Petroleum (Mekanikal atau Elektrik) Semester 4

Diploma Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal. Semester 4

Diploma Perdagangan (Akautansi atau Pemasaran) Semester 4


UNIT HAL-HAL PELAJAR

MATLAMAT

Mengoptimakan kemasukan pelajar yang berkualiti, pengurusan pelajar berhemat dalam mendokong aspirasi Politeknik Kuching Sarawak.

OBJEKTIF

Memproses kemasukan pelajar serta menghebahkan peluang pembelajaran serta pendidikan kepada lulusan SPM & SPMV

Melakukan pengurusan disepanjang pengajian yang melibatkan kerja merekod pengambilan statistik serta kebajikan.

Melaksanakan komunikasi yang berkesan dengan semua lapisan masyarakat luar serta warga Politeknik.

KETUA UNIT

Hj. Shamsudin Bin Abdullah

PENSYARAH JABATAN

En.Suhaili Saili Bin Bohari

En.Alvadjuri Bin Affendie

Cik Nordini Binti Abdullah

En.Nizam Azmal Bin Abdul Malik

En.Abdul Rashid Bin Mohamad Ali

KAKITANGAN HHP

Pn.O'rwah Binti Hj. Ab. Hamid

En.Azian Bin Leman

AKTIVITI UNIT

Urusan Pelajar

  • Dokumen perjalanan bagi bukan pelajar Sarawak.

  • Urusan pengambilan dari Mac sehingga Julai dan September sehingga Januari serta pendaftaran.

  • Konsesi perjalanan kes rayuan pengajian perpindahan Politeknik dan kemasukan ( tidak termasuk kes peperiksaan

  • Penjualan pelekat kenderaan pelajar

  • Surat pengesahan untuk rawatan perubatan.

  • Menyediakan serta mengemaskini fail pelajar.

Statistik pelajar sehingga 1 Februari dan 1 September setiap tahun\

Berurusan dengan individu serta Organisasi yang berkehendakan maklumat pelajar Politeknik dan Lulusan.

Menyediakan Bank Data Maklumat Pelajar.

Pengendalikan program induksi pelajar baru

Menyelaraskan kursus-kursus serta bilangan tempat belajar untuk setiap semester.


UNIT BIMBINGAN DAN KERJAYA

MATLAMAT

Menyediakan dan menjalankan perkhidmatan kauseling dalam usaha membantu menangani permasalahan pelajar-pelajar PKS kearah kecermerlangan di dalam pembelajaran termasuk pendedahan terhadap halatuju bagi membentuk kerjaya masa depan.

OBJEKTIF

  1. Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar bermasalah di dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran, peribadi dsbnya.

  2. Membantu pelajar-pelajar dan pensyarah dengan membekalkan maklumat-maklumat releven tentang presedur menghadapi temuduga kerjaya/biasiswa dan proses melanjutkan pelajaran.

  3. Menghebahkan kepada pengetahuan umum tentang perkembangan struktur organisasi PKS dan juga menjalin hubungan dengan pihak-pihak industri, firma dan agensi-agensi yang berkaitan dengan kerjaya pelajar.

KETUA UNIT

En. Ali Sabri Bin Hj. Kamaruddin

PENOLONG KETUA UNIT

En. Asri Bin Mohd Noor

Penyelaras Jabatan Perdagangan

Cik Norlela Binti Sarani

En. Tahir bin Leemat

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Awam

En. Abdullah Amri Bin Abdul Rafar

En. Haniffa BinRazali

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Hj. Zainal Bin Dahari

Hjh. Khadijah Bin Abd. Rahman

Pn. Shamsuria Binti Maohd Ariffin

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

En. Mohd Zaidi Bin Endut

En. Azlan Shah Bin Kamaruddin

En. Mohd Khairudin Bin Amdan

Penyelaras Unit Matematik Sains dan Komputer

Pn. Toh Poh Thean

Pn. Ruslawati Binti Abd. Wahab

Penyelaras Unti Teknologi Petroleum

Cik Rao Sharmiza Binti Abd. Rahman

Penyelaras Unit Pengajian Am

En. Sufian Bin Mohammad

Ust. Alias Bin Mat Saad

AKTIVITI DALAMAN PKS

Kerjaya dan Temuduga

En. Sufian Mohammad

Pensyarah Jabatan yang terlibat

Motivasi

En. Ali Sabri Bin Hj. Kamaruddin

En. Tahir Bin Leemat

Hj. Zainal Bin Dahari

Ust. Alias Bin Mat Saad

Cik Rao Sharmiza Binti Abd Rahman

Pn. Shamsuria Binti Mohd Ariffin


UNIT SUKAN

MATLAMAT

Menyediakan dan meningkatkan kemudahan dan peralatan sukan dan riadah untuk kegunaan warga Politeknik Kuching agar dapat melahirkan individu yang sihat dari jasmani, cergas dan cerdas dari segi mental.

OBJEKTIF

  • Mencungkil serta mengembangkan potensi dan bakat di kalangan warga Politeknik Kuching dalam pelbagai jenis sukan dan permainan serta dapat diketengahkan eperingkat yang lebih tinggi.

  • Melahirkan pemimpin sukan yang komited dan berdedikasi serta sanggup menghadapi cabaran.

  • Melahirkan ahli sukan yang berdisiplin, berdaya saing dan berkualiti.

KETUA UNIT

En. Jemain Bin Ental

Ahli Jawatankuasa

Pensyarah-pensyarah Sukan PKS

JENIS PERKHIDMATAN

  • Penggunaan Dewan Serbaguna, Gelanggang dan Padang Permainan.

  • Penggunaan peralatan sukan.

  • Penggunaan peralatan sukan(guna terus/luak)


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

PENGENALAN

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah merupakan satu persatuan induk pelajar yang dianggotai oleh semua pelajar yang berdaftar di Politeknik Kuching Sarawak. Dalam hal ini, pelajar-pelajar yang berdaftar di PKS adalah secara automatik menjadi ahli MPP. Kewujudan MPP ini adalah penting dalam usaha untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pelajar dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan PKS. Selain daripada itu melalui program-program yang dijalankan oleh MPP, adalah diharapkan akan dapat melahirkan pelajar yang bukan sekadar mempunyai kecermerlangan akademik semata-mata tetapi mempunyai keupayaan memimpin, bermotivasi dan sebagainya bersesuaian dengan matlamat pendidikan negara.

FUNGSI-FUNGSI MPP

PENASIHAT

En. Samsudin Bin Mohd. Saleh

PENOLONG PENASIHAT

Penasihat Kewangan MPP

En. Hikmatullah Bin H.A. Khan

Penasihat Biro Pendidikan

Ustaz Alias Bin Mat Saad

Penasihat Biro Penerbitan

En. Mohd. Sidi Bin Sulaiman

Penasihat Biro Kebajikan

En. Ahmad Zairi Bin Abbas

Penasihat Biro Sukan

En. Ahmad Fairuz Bin Mohammad

Penasihat Biro Lawatan

En. Thomas Mejin


PUSAT SUMBER

PENGENALAN

Unit ini disediakan bagi setiap politeknik di Malaysia dan berfungsi sebagai pusat yang memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga sebagai perantara kepada masyarakat luar dalam usaha memperkenal dan mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang politeknik.

VISI

Sebagai pusat maklumat yang berteknologi canggih bagi memperkenalkan Politeknik Kuching Sarawak kepada masyarakat terutamanya dikalangan pelajar-pelajar seluruh Malaysia. Memperkenalkan peralatan-peralatan bantuan mengajar yang terkini serta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.

MISI

  • Menyediakan semua maklumat berkaitan dengan Politeknik Kuching.

  • Memberi bantuan yang berkesan dalam perlaksanaan pembelajaran.

  • Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pelajar, pensyarah dan masyarakat luar.

OBJEKTIF

  • Untuk mempertingkatkan mutu teknologi maklumat

  • Untuk mempertingkatkan imej Politeknik

  • Untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran

  • Untuk menyampaikan maklumat semasa kepada semua

PERKHIDMATAN

  • Menyediakan tempahan Mini Auditorium, bilik seminar dan peralatan pembelajaran.

  • Mengambil foto, membuat pengambaran video & ‘editing’ filem di dalam dan luar kampus

  • Menerbitkan buku propektus,majalah,buletin dan sijil-sijil.

  • Membuat tayangan video dan slide yang berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran.

  • Membuat kerja-kerja grafik, penyambungan dan rakaman AudioVideo .

Ketua Penyelaras

En. Fahrurrazi Bin Mahyun

Penolong Ketua penyelaras

En. Mazenee Bin Mohd Nawi

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Awam

En. Fahrurrazi Bin Mahyun

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

En. En. Ahmad Fairuz Bin Mohamed

En. Ahmad Nasir Bin Mohamed Noor

Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Elektrik

En. Abdullah Ahmad

Penyelaras Jabatan Perdagangan

En. Mohd Yuhaizad Bin Yusoff

Juruteknik Operasi

En. Abd. Rahman Bin Ghazali

Juruteknik Elektrik

En. Emanuale ak Raki

Pembantu Am

En. En. Tamam Bin Mahidi


KOPERASI POLIKU

PENGENALAN

Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Bhd telah ditubuhkan pada 1 Mac 1991. Nama timangan bagi koperasi ini ialah KOPOLIKU. KOPOLIKU sekarang ada 3 buah kedai iaitu Kedai Buku, kedai runcit, dan kedai service center.

KEDAI-KEDAI KOPOLIKU

  • KOPOLIKU Kedai Buku terletak di dalam blok Kuliah. Barang yang dijual di kedai ini ialah alatulis, buku-buku, cenderamata, pakaian bengkel, baju T, poskad, khidmat fotostate, khidmat binding, laminating, sedikit makanan ringan, minuman tin & kotak, peralatan bengkel, Calculator,dll

  • KOPOLIKU Kedai Runcit terletak di blok Cafetaria berdekatan dengan asrama pelajar. Barang-barang yang dijual adalah keperluan asrama spt. Bantal, cadar, Baldi, penyapu, gelas, sabun ; makanan ringan spt keropok , Aiskrim, Roti, gula-gula,Maggie, gula; Makanan tin spt sardin, karilembu, Milo, susu.;alat sukan spt bola sepaktakraw, pingpong, shuttlecock ; Ubat-ubatan spt panadol, ubat batuk, dll

  • KOPOLIKU service center terletak bersebelahan dengan kedai runcit dan cafetaria. Perkhidmatan yang disediakan ialah sewa komputer, perkhidmatan fotostat, khidmat binding. Masa operasi ialah bermula 5.00 petang hingga tengah malam hari Isnin hingga Jumaat dan dari pagi hingga malam pada hari Sabtu dan Ahad. (masa ini berubah mengikut keadaan permintaan pelajar).

KEAHLIAN

Keahlian KOPOLIKU terdiri dari pelajar-pelajar dan staf Politeknik Kuching Sarawak sahaja. Pelajar secara automatik akan menjadi ahli semasa pendaftaran pelajar baru setiap awal semester dengan mengisi borang Permohonan menjadi ahli dan membeli 20 saham minima bernilai RM20.00 dan membayar yuran masuk RM1.00. Pelajar akan dibayar balik Saham beserta Dividen setelah tamat pengajian. Staf boleh memohon menjadi ahli pada bila-bila masa dengan mendaftar dengan setiausaha dan mengeluarkan saham dan dividen apabila berpindah.

PENGURUSAN

KOPOLIKU diurus oleh satu badan dikenali sebagai Ahli Lembaga terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Pengurus Kedai, Penolong setiausaha, Penolong Bendahari, Penolong Pengurus Kedai dan beserta 2 orang audit. Setiausaha dan penolongnya bertanggungjawab hal berkaitan keahlian, pembayaran saham, kad pelajar, mesyuarat. Bendahari dan penolongnya mengutip wang jualan harian dan hantar wang ke Bank, mengeluarkan cek, membuat rekod di Buku Tunai harian, membuat penyata kewangan tahunan. Pengurus kedai dan penolongnya menguruskan kedai, membeli/tempahan barang, menguruskan pembantu kedai, membayar pemiutang/pembekal, dll. Ahli lembaga terdiri dari 4 pensyarah dan 8 pelajar.

Setiap tahun pada bulan April-Jun di adakan Mesyuarat Agong untuk pemilihan ahli lembaga baru, membentang penyata kewangan yang telah diaudit, meluluskan usul-usul dan lain-lain. Mesyuarat bulanan ahli lembaga diadakan untuk membincangkan segala hal berkaitan perjalanan KOPOLIKU. Jabatan Pembangunan Koperasi, Bahagian Kuching adalah agensi yang mengawasi perjalanan KOPOLIKU.

PERPUSTAKAAN

MATLAMAT

Menyediakan dan menjalankan perkhidmatan penyebaran maklumat dalam bidang akademik yang berkaitan dengan sebaik mungkin kepada pengguna perpustakaan PKS

OBJEKTIF

  1. Memberikan perkhidmatan peminjaman bahan perpustakaan kepada ahli perpustakaan PKS.

  2. Mengadakan perkhidmatan rujukan koleksi perpustakaan kepada ahli perpustakaan PKS.

  3. Menyediakan perkhidmatan penggunaan kemudahan perpustakaan kepada ahli perpustakaan PKS.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN

En. Hasbullah bin Mansor

SISTEM PEMINJAMAN

Pinjaman Pelajar

  • Hanya tiga (3) buah bahan perpustakaan sahaja boleh dipinjam oleh ahli perpustakaan yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kuching Sarawak pada satu masa dan tempoh peminjaman adalah dua (2) minggu.

  • Setelah tempoh peminjaman tamat, bahan yang dipinjam mestilah dikembalikan. Sekiranya bahan tersebut diperlukan lagi, tempoh pinjaman boleh dilanjutkan selama dua (2) minggu lagi sekiranya tidak ada tempahan terhadap bahan itu, bahan tersebut perlulah dibawa ke perpustakaan untuk diperbaharui tempohnya.

  • Peminjam mestilah bertanggongjawab ke atas bahan perpustakaan yang dipinjamnya. Denda akan dikenakan kepada peminjam yang gagal mengembalikan bahan perpustakaan yang dipinjam pada waktu yang ditetapkan. Begitu juga jika didapati bahan perpustakaan yang dipinjamnya rosak atau hilang.

Sistem Denda

  • Semua ahli perpustakaan tertakluk kepada sistem denda yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran Perpustakaan Politeknik Kuching

Denda Bahan Pemulangan Lewat

Kadar denda yang dikenakan kepada peminjam yang lewat mengembalikan bahan perpustakaan yang dipinjam adalah seperti berikut:

  1. Sepuluh sen dikenakan setiap hari bagi minggu pertama.

  2. Dua puluh sen dikenakan setiap hari bagi minggu kedua.

  3. Peningkatan sepuluh sen dikenakan bagi setiap minggu yang seterusnya.

Denda Bahan Rosak atau Hilang

Bagi bahan perpustakan yang didapati rosak atau hilang, kadar denda yang dikenakan kepada peminjam adalah berdasarkan harga bahan yang dipinjam dan ditambah dengan bayaran proses bahan sebanyak RM 5.00

Keahlian

Hanya pelajar dan kakitangan Politeknik Kuching Sarawak sahaja yang boleh menjadi ahli perpustakaan. Untuk menjadi ahli perpustakaan hendaklah berdaftar dengan perpustakaan dengan membuat kocek pinjaman. Bayaran RM 2.00 dikenakan untuk mendapatkan kocek-kocek pinjaman. Setiap ahli perpustakaan mesti mempunyai dua buah kocek.

Ahli perpustakaan yang terdiri daripada pelajar mesti mempunyai dua kocek pinjaman iaitu

  1. Kocek putih untuk peminjaman bahan Koleksi Rak Terbuka.

  2. Kocek biru untuk peminjaman Koleksi Bahan Terhad.

Ahli perpustakaan yang terdiri daripada kakitangan mestilah mempunyai dua kocek pinjaman iaitu

  1. Kocek merah untuk peminjaman bahan Koleksi Rak Terbuka.

  2. Kocek biru untuk peminjaman Koleksi Bahan Terhad.

Perpustakaan Politeknik Kuching terbuka penggunaannya kepada sesiapa sahaja.

PERATURAN-PERATURAN AM PERPUSTAKAAN PKS

1. Kad pengenalan pelajar dan kakitangan PKS

Kad pelajar atau kad kakitangan mestilah dipakai ketika masuk dan berada di dalam perpustakaan. Sesiapa yang tiada atau tidak memakai kad pengenalan PKS, tidak akan dibenarkan masuk, mengguna dan menerima sebarang perkhidmatan perpustakaan.

2. Berpakaian kemas

Pengguna perpustakaan mestilah memakai pakaian yang kemas. Baju"T" tidak berkolar, singlet seluar pendek dan selipar tidak dibenarkan.

3. Bahan larangan dibawa masuk dan keluar perpustakaan.

  1. Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan membawa masuk beg, jaket, makanan dan minuman.

  2. Sebarang alat tulis dan bahan bacaan yang ingin dibawa masuk dan keluar mestilah ditunjukkan kepada pengawal ataupun atenden perpustakaan terlebih dahulu untuk pemeriksaan.

  3. Bahan perpustakaan yang hendak dibawa keluar mestilah melalui proses peminjaman di kaunter terlebih dahulu

  4. Bahan yang belum melalui proses peminjaman dan pemeriksaan tidak akan dibenarkan dibawa keluar daripada perpustakaan.

4. Larangan ketika berada di dalam perpustakaan

  1. Dilarang bersembang dan membuat bising.

  2. Dilarang makan, minum dan merokok.

  3. Dilarang membuang sampah ditempat yang tidak berkenaan. Gunakan bakul sampah yang telah disediakan.

  4. Dilarang menconteng, mengoyak dan merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan.

  5. Dilarang meletak atau menyusun bahan perpustakaan yang digunakan di rak atau tempat yang lain.

  6. Dilarang bertengkar atau bergaduh

  7. Dilarang mengubah tempat duduk

  8. Dilarang menggunakan kocek pinjaman kepunyaan orang lain.

5.Keahlian perpustakaan PKS

Hanya pelajar dan kakitangan PKS sahaja yang boleh menjadi ahli perpustakaan. Untuk menjadi ahli perpustakaan, perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan mendapatkan kocek pinjaman. Setiap ahli mestilah mempunyai dua (2) buah kocek pinjamam. Kocek putih dan biru untuk pelajar manakala kocek merah dan biru untuk kakitangan. Ahli yang tiada kocek, tidak akan mendapat kemudahan peminjaman bahan perpustakaan. Adalah dilarang menggunakan kocek pinjaman orang lain.

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis : 8:30 pagi - 12:30 tgh. 2:00 ptg - 4:00 ptg.

Jumaat : 8:30 pagi - 11:00 pagi 2:00 ptg. - 4:00 ptg.

Sabtu : 8:30 pagi - 12:00 pagi

  • Pengguna perpustakaan hanya dibenarkan berada di dalam perpustakaan pada waktu perkhidmatan sahaja.

  • PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB PERPUSTAKAAN PKS

    Semua ahli perpustakaan tertakluk kepada peraturan-Peraturan am dan tatatertib yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak. Sesiapa yang didapati telah melanggar peraturan-peraturan tersebut boleh dikenakan denda dan hukuman.

    1. Denda Bahan Pemulangan Lewat

  • Kadar denda yang dikenakan kepada peminjam yang lewat mengembalikan bahan perpustakaan yang dipinjam adalah seperti berikut:

    1. Sepuluh sen dikenakan setiap hari bagi minggu pertama

    2. Dua puloh sen dikenakan setiap hari bagi minggu kedua

    3. Peningkatan sepuluh sen dikenakan baqi setiap minggu yang seterusnya.

    2. Denda Bahan Rosak atau Hilang

  • Bagi bahan perpustakan yang didapati rosak atau hilang, kadar denda yang dikenakan kepada peminjam adalah berdasarkan harga bahan yang dipinjam dan ditambah dengan bayaran proses bahan sebanyak RM 5.00.

  • 3. Denda Kocek Pinjaman Rosak atau Hilang

  • Ahli perpustakaan yang rosak dan telah kehilangan kocek pinjaman tidak akan dibenarkan meminjam bahan perpustakaan dan dikehendaki menggantikan kocek lama dengan yang baru. Pembaharuan kocek dikenakan denda sebanyak RM 2.00 bagi satu kocek. Begitu juga dengan kocek yang telah tamat tempoh penggunaannya.

  • 4. Pinjaman Melebihi Had Bilangan Bahan

  • Ahli perpustakaan yang didapati meminjam bahan perpustakaan melebihi daripada had yang telah ditetapkan akan ditahan kemudahan peminjaman sehingga bahan-bahan yang dipinjam dikembalikan semula.

  • 5. Denda Melanggar Peraturan Perpustakaan

  • Ahli perpustakaan yang telah didapati dengan sengaja atau tidak sengaja melanggar sebarang peraturan perpustakaan boleh dikenakan hukuman tertentu. Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan adalah seperti berikut:

  • a. Keahlian perpustakaan ditahan, digantung ataupun ditarikbalik.

    b. Kocek pinjaman ditahan, ditarikbalik ataupun dirampas.

    c. Ahli ditegah daripada masuk dan berada di dalam perpustakaan.

    d. Ahli tidak akan atau tidak boleh mendapat sebarang kemudahan perkhidmatan perpustakaan.

    6. Gagal Menyelesaikan Denda

    Ahli perpustakaan yang gagal menyelesaikan denda yang telah dikenakan ke atasnya oleh perpustakaan akan diambil tindakan ataupun hukuman. Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan ialah:

    1. Digugurkan keahlian perpustakaan automatik.

    2. Ditahan keputusan peperiksaan akhir dan tambahan semester yang tertentu bagi pelajar yang masih menuntut di PKS.

    3. Ditahan sijil atau Diploma graduan bagi pelajar yang telah tamat pengajiannya.