Make your own free website on Tripod.com

Kata Aluan Pemangku Pengetua

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum w.r.b
Salam sejahtera

     Syukur ke hadrat Ilahi kerana laman web(homepage) Politeknik Kuching Sarawak telah dapat disempurnakan pada hari yang bersejarah ini.  Sesungguhnya banyak telah diperkatakan tentang dunia tanpa sempadan dan perkampungan global.  Kemunculan internet telah membawa banyak perubahan dalam dunia teknologi maklumat terutama tentang komunikasi secara elektronik berdigital.

     Penyebaran maklumat pada hari ini sudah tidak mengenal masa dan tempat lagi.Sesiapa saja boleh mencapai maklumat berkenaan, walau di mana tempat sekalipun.  Itulah kehebatan kuasa baru dalam teknologi maklumat yang dikenali sebagai internet.  Sesungguhnya internet amat sinonim dengan Laman Web (WWW), malah ada yang berpendapat internet tiada laman web ibarat pohon tanpa buah.

     Oleh sebab itu, PKS tidak rela lagi ditinggal oleh arus deras teknologi tanpa sempadan ini.  Bermula dari perbualan, disusuli dengan perbincangan, kemudian perancangan rapi diikuti dengan tindakan, maka terhasillah suatu maklumat secara berdigital berkenaan Politeknik Kuching Sarawak yang dikenali 'Laman Web (HomePage) Politeknik Kuching Sarawak'.

     Diharap dengan wujudnya Laman Web ini, warga POLIKU khususnya dan masyarakat amnya akan mendapat manfaat yang tinggi daripada usaha yang bermakna ini.  Dengan adanya laman web ini, masyarakat akan lebih mudah mengenali Politeknik Kuching Sarawak sebagai sebuah politeknik tunggal di Bumi Kenyalang.

     Akhir kata, pihak POLIKU amat mengharapkan pandangan dan komen yang membina dalam usaha mempertingkatkan kualiti Laman Web POLIKU ini.
 
 

KHAMIS BIN MAHDI
(Pemangku Pengetua)
Politeknik Kuching Sarawak