Make your own free website on Tripod.com
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Latarbelakang Jabatan

Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan beberapa kursus yang dapat memenuhi keperluan industri dan lain-lain sektor. Semua kursus mempunyai kombinasi elemen-elemen teori dan amali yang seimbang.

Tempoh pengajian untuk kursus sijil ialah empat semester dan enam semester untuk kursus diploma, dimana satu semester dikhaskan untuk pelajar menjalani latihan industri.

Jabatan Kejuruteraan Awam terlibat secara langsung dalam mengendalikan Program Berkembar JUPEM/JPT untuk Kursus Sijil Ukur Tanah.

ORGANISASI JABATAN

KETUA JABATAN
  En. Wan Azam b. Wan Hamid

PENOLONG KETUA JABATAN
  En.Mohamad bin Abdul Rahman

TUGAS KHAS DI JABATAN

Urusetia Peperiksaan
  En. Mohd.Din Bin Hohd.Nor @ Abdul Latif
  En. Mohd. Agus Adib Bin Eskandar
  En. Wan Nor Asma Bin Wan Yaaeob
  En. Idhamranizam Bin Aleh
  En. Sumbang Ak Mandaw
  En.  Alvadjuri Bin Affendie

Penyalaras Jadual Waktu
 En. Mohd Othman Bin Mokhtar
 
Penyelaras Notis Dan Pekeliling
 En. Idhamranizam Bin Aleh
 
Penyelaras Projek DKA6
 Pn. Zuraidah Binti Ahmad

Penyelaras Mentor
 En. Abdullah Amri Bin Abdul Rafar
 En. Jamali Bin Sairon

Penasihat Kelab
 En. Md.Fadzlillahsuhaimi Bin Mohd Adnan
 En..Sumbang Ak Mandaw
 
Kelab Kebajikan Sosial Dan Sukan
 En. Mohd Rozi Bin Razali
 Haji Masiri Bin Kaamin

Pegawai Maklumat
 En. Wan Nor Asma Bin Wan Yaacob

ORGANISASI BENGKEL/MAKMAL

Ketua Penyelaras Bengkel
En. Mohammad Bin Abdul Rahman

Bengkel Ukur
 En. Sumbang Ak Madaw
 En. Mohammad Bin Abd Rahman

Fotogrammetri
 Haji Masiri Bin Kaamin
 En. Alvadjuri Bin Affendie

Mekanik Tanah
 En. Mohd Agus Adib Bin Eskandar
 Pn. Toh Poh Tean
 Pn. Ruslawati Bin Abd Wahab
 En. Michael Jodi Ak Nyogia

Jalanraya
 Pn. Zuraidah Binti Ahmad
 En. Jamali Bin Sairon
 En. Michael Jodi Ak Nyogia
 

Konkrit
 En. Idhamranizam Bin Aleh
 
Struktur
 En. Chow Tio Kiong
 En. Fahrurazzi Bin Mahayun

Perkhidmatan Bangunan
  En. Mohammad Azizy Bin Ahmad
  En. Michael Jodi Ak Nyogia

Hidraul
En. Mohd Agus Adib Bin Eskandar

Makmal Kartografi
 En. Mohd Rozi Bin Razali
 En. Mohd Othman Bin Mokhtar

Bengkel Kayu
 En. Ahmad Bin Sidek
 En. Wan Nor Asma Bin Wan Yaacob

Bengkel Paip
 En. Mohamad Shabir Bin Salleh

Bengkel Bata
 En. Abdullah Amri Bin Abdul Rafar

Bilik Lukisan
 En. Abdullah Amri Bin Abdul Rafar
 En. Idhamranizam Bin Aleh
 

KURSUS YANG DITAWARKAN

Pada masa kini kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam ialah tiga kursus sijil dan satu kursus diploma yang diiktirafkan sebagai Sijil Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Awam. Dimana kaedah pengajarannya meliputi kuliah, amali, tugasan, projek, latihan industri dan lawatan sambil belajar. Kursus ini membolehkan pelajar melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Keterangan ringkas kursus-kursus ialah seperti berikut:
    Sijil/Diploma Kejuruteraan Awam

Matlamat utama kursus ini ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam yang dapat membentuk sikap dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang pekerjaan yang berkenaan dengan kejuruteraan awam. Kursus mengandungi matapelajaran kejuruteraan utama seperti Matematik, Mekanik Struktur, Hidraul, Peraturan Kontrak, Ukur, Teknologi Konkrit, Pembekalan Air dan Pembinaan.

Sijil Ukur Tanah

Kursus ini membekalkan pengetahuan dan latihan yang diperlukan untuk menceburkan diri dalam kerjaya yang berkaitan dengan ukur tanah. Beberapa matapelajaran yang diajar ialah Matematik, Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Astronomi, Fotogrammetri, Hitungan dan Kartografi. Alatan yang biasa digunakan ialah tiodolait, alat ukur jarak elektronik dan alat penentuan kedudukan sejagat (global positionning system).

Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan.

Kursus ini dapat menyediakan pendidikan dan latihan pelbagai disiplin dalam prinsip-prinsip dan amalan perkhidmatan bangunan seperti penyejukan pengudaraan, bekalan air sejuk/panas, bekalan elektrik, pencegahan kebakaran dan sebagainya.

Ini untuk melahirkan tenaga kerja separa-profesional Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan yang cekap, berkualiti dan berwibawa, disamping dapat melengkapkan mereka dengan asas pengetahuan dan kemahiran untuk pendidikan peringkat tinggi.

Bilangan Pelajar dan Statistik Lulusan.

Bilangan pelajar yang sedang menuntut sekarang ialah seramai 374 pelajar dimana 329 pelajar berada di kampus dan 45 pelajar di luar kampus menjalani Latihan Industri.