Make your own free website on Tripod.com
AKTIVITI SEPANJANG SESSI 1997
1. Majlis Aqiqah & hari Keluarga BAKA.
2. Khairat Kematian.
3. Majlis Berbuka Puasa di Surau POLIKU.
4. Majlis Perpisahan Akhir Tahun.
5. Ziarah Hari Raya Aidilfitri.
6. Bulletin/Bicara BAKA.
7. Penerbitan Buku Panduan Telefon.

AKTIVITI 1 : Majlis Aqiqah & hari Keluarga BAKA.

BAKA telah mengadakan dua kali (20/04/98 dan 09/08/97) Majlis Aqiqah yang ditaja oleh sembilan orang ahli. Kedua-dua majlis itu telah diadakan di Surau Politeknik Kuching Sarawak. Kerjasama dan kehadiran ahli-ahli dan seluruh keluarga Islam POLIKU amatlah menggalakkan.

AKTIVITI 2 : Khairat Kematian

Tiga kali kutipan derma ikhlas telah dibuat untuk membantu keluarga ahli BAKA, iaitu:
a. Keluarga Pn Zuraidah Hassan.
b. Keluarga En Nasaruddin Ali Sepian.
c. Keluarga Pn. Junaidah Abu.

Segala sumbangan diberkati ALLAH hendaknya.
 

AKTIVITI 3 : Majlis Berbuka Puasa di Surau PKS

BAKA telah dapat menganjurkan majlis berbuka puasa hampir setiap hari dalam sessi pengajian kecuali waktu cuti dimana tugas ini diserahkan kepada PPI. Walau pun begitu beberapa orang pensyarah difahamkan masih berupaya hadir pada setiap hari cuti bagi meraikan pelajar yang hadir. BAKA telah mendapat tajaan yang cukup mengembirakan. Terima kasih kepada semua penaja Majlis Berbuka Puasa ini.

AKTIVITI 4 : Majlis Perpisahan Akhir Tahun.

Oleh kerana kekangan kewangan dan kesibukan pengurusan, BAKA hanya dapat menjalankan satu majlis sahaja di kantin POLIKU pada 19hb. November 1997 yang dihadiri oleh 55 orang ahli.

AKTIVITI 5 : Ziarah Hari Raya Aidilfitri 1418.

BAKA telah dapat mengatur program Ziarah Hari Raya Aidilfitri 1418 tahun ini dan mendapati sambutan ahli-ahli sungguh menggembirakan, dimana program ziarah ini telah diatur selama lima hari berturut-turut.

AKTIVITI 6 : Bulletin/Bicara BAKA

Pada bulan Mac 1998 BICARA BAKA genap tiga tahun keluarannya. Bulletin ini telah dapat dihasilkan tanpa henti. Sumbangan artikel ahli-ahli diharapkan akan berterusan malahan dipertingkatkan.

AKTIVITI 7 : Penerbitan Buku Panduan Telefon

Buku panduan telefon telah dapat dihasilkan buat kali ke 3. Kemaskini alamat dan tambahan staf baru dilakukan setiap kali keluaran.