Make your own free website on Tripod.com
 
Dari Meja Kakitangan
Unit Matematik, Sains & Komputer
Politeknik Kuching, SARAWAK
 
ENCIK MOHD ARIFFIN AMAN
Ketua Unit UMS
Home Page / Laman Web merupakan Laman Pengenalan terpenting sesebuah jabatan dewasa ini sebagai saluran untuk sebaran aktivitinya. Tahniah kepada perekabentuk Laman ini, khususnya dan semua staf UMS amnya di atas segala sokongan padu yang telah ditunjukkan sehingga tercetusnya ilham merealisasikan pelancaran rasmi Laman Web ini dan juga Program Gerak Gempur IT ( GGIT '98 ) yang amat bermakna untuk negara, masyarakat dan Politeknik Kuching Sarawak.
 
ENCIK SAMSURI ABDULLAH
Literasi komputer merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada masyarakat hari ini. Oleh itu program seumpama ini merupakan titik awal ke arah literasi komputer seterusnya kepada kompetensi komputer
 
 ENCIK ASMADY MOHD DAWARY
Dalam menempuh alaf akan datang, kita tidak dapat mengelak dari arus perkembangan teknologi maklumat . Adalah menjadi tanggungjawab bersama dalam menggerakkan jentera untuk menongkah arus . Dengan program GGIT'98 ini Halaman Web Poliku menunjukkan kaliber kita ke arah mencapai misi penting dalam agenda IT negara
 
 
ENCIK MOHD SIDI SULAIMAN
 Bidang pengkomputeran telah memberi satu saluran baru yang mudah, cepat dan tepat kepada pengguna bagi melaksanakan tugas harian . Jadikan IT sebagai Budaya Hidup Kita
 
ENCIK RAJAN A/L THANGAVELOO
 IT boleh dikatakan sebagai "nonstop technology" iaitu teknologi yang tidak terhad. Setiap hari teknologi yang terbaru diperkenalkan dalam dunia IT. Oleh itu kita hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menyertai dunia IT yang semakin canggih ini. Kita juga perlu bersedia untuk merealisasikan MSC yang dirancangkan oleh Kerajaan Malaysia
PUAN TOH POH TEAN
 ' Makan IT ' , ' Tidur IT ' , ' Minum IT ' dan segala-galanya IT. Begitu sekali hebatnya IT. Dengan itu, kita perlulah menyedari kepentingan IT pada masa kini dan masa akan datang. " Minggu Kesedaran IT" dan " IT Budaya Hidup Kita " sangatlah menepati matlamat ini.
 
PUAN RAHIMAH AWANG
Kesedaran IT amat penting bagi semua peringkat memandangkan pengetahuan teknologi amat perlu untuk kemajuan negara. Maka program GGIT'98 di mana kemuncaknya adalah Minggu Kesedaran IT merupakan satu wadah untuk memenuhi cita-cita ini.
 
PUAN RUSLAWATI ABDUL WAHAB
Minggu Kesedaran IT melalui Projek Gerak Gempur ini adalah julung-julung kalinya diadakan dan merupakan satu peluang yang sangat besar yang dibuat secara menyeluruh untuk semua golongan tidak kira pelajar atau yang sudah bekerja. Teknologi maklumat untuk semua amat tepat dengan program yang dilaksanakan ini.
 
PUAN INTAN SHAIRAH CHE DIN
Program seperti ini amat berfaedah bagi semua pihak terutama warga kampus dalam menimba ilmu dan pengalaman. Rebutlah segala peluang yang ada untuk memajukan diri khasnya dalam bidang IT. Akhir sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada rakan-rakan dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan program GGIT '98
 
CIK AINIPUZIAH BTE HASSAN
Saya berbangga menjadi warga UMS kerana ia banyak memberi pendedahan kepada saya mengenai teknologi maklumat di mana kami semua juga berpeluang mengadakan Program Gerak Gempur IT sebagai salah satu aktiviti yang memberi kesan positif dalam perkembangan minda pengkomputeran di Politeknik Kuching ini. Semoga UMS bertambah giat dalam menaburkan bakti dari sudut pengkomputeran bagi Politeknik Kuching khasnya juga untuk anak bangsa dan negara amnya.